No. | Isi kandungan | |
1.0 | Pengenalan | |
2.0 | Bahan Bantu Mengajar dan Aktiviti Pengajaran yang Pertama 2.1 Bahan Bantu Mengajar A 2.2 Aktiviti Pengajaran untuk murid berprestasi rendah | |
3.0 | Bahan Bantu Mengajar dan Aktiviti Pengajaran yang Kedua 3.1 Bahan Bantu Mengajar B 3.2 Aktiviti Pengajaran untuk murid berprestasi tinggi | |
4.0 | Kesimpulan | |
Rujukan |
Tuesday, November 23, 2010
Isi Kandungan
Thursday, November 18, 2010
Cara-cara untuk menyukat isipadu cecair bagi murid-murid tahun dua
Video yang mendemonstrasi cara untuk menyukat isipadu cecair
1.0 Pengenalan
Murid-murid tahun dua mula diperkenalkan dengan konsep-konsep abstrak seperti ukuran panjang,berat, isipadu cecair dan sebagainya. Orang dewasa sudah biasa dengan konsep-konsep ini melalui pengalaman harian. Oleh itu, ramai dikalangan mereka berasa konsep-konsep ini adalah terlalu mudah dan kebanyakan daripada mereka telahpun lupa betapa susah untuk mereka untuk memahami konsep ini pada pendedahan yang pertama. Guru-guru yang tidak biasa atau kurang berpengalaman untuk mengajar kelas ‘permulaan’ ini mungkin menghadapi masalah adaptasi kerana mereka tidak memahami magnitud beban yang wujud dan peranan mereka yang betapa penting apabila mereka cuba menerangkan konsep-konsep ini kepada murid-murid.
Murid-murid tahun dua sering menghadapi masalah dalam cara untuk membezakan isipadu dengan saiz bekas atau penyukat. Masalah ini diwujudkan oleh syarikat-syarikat penerbitan memaparkan gambar-gambar ilustrasi-ilustrasi dalam buku teks adalah tidak mengikut skala yang sebenar. Kadangkala, kita boleh mendapati bekas yang bersaiz satu liter adalah sama saiz dengan bekas bersaiz dua liter di dalam buku teks. Kes-kes seperti ini akan menggelirukan murid dan seterusnya mereka tidak dapat menguasai konsep-konsep asas seperti ini dengan tepat.
Untuk menyelesaikan masalah-masalah pengeliruan ini, beberapa set aktiviti matematik telah dicadangkan dan disediakan dalam artikel ini untuk membantu guru-guru yang kurang pengalaman dalam aktiviti pengajaran murid tahun dua.
Dua cara yang berperanan sebagai alat bantu mengajar telah dicadangkan di dalam artikel ini. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan turut dicadangkan. Peralatan-peralatan yang perlu disediakan adalah ringkas dan mudah didapati di pasaran.
Teks berikut menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan.
2.0 Bahan Bantu Mengajar dan Aktiviti Pengajaran yang Pertama
2.1 Bahan Bantu Mengajar A
Bekas-bekas seperti baldi yang berisi cecair berwarna dan bekas-bekas plastik yang diberikan kepada setiap kumpulan.
Gambar B adalah bekas yang telah diisi dengan cecair berwarna hijau dan oren .Gambar C merupakan contoh dua bekas yang sama saiz yang digunakan untuk membuat perbandingan isipadu cecair.
Alat Bantu Mengajar yang perlu disediakan untuk satu kelas
1. Silinder penyukat plastik bersaiz sederhana (3 set)
2. Bekas plastik yang berbentuk sama dan berdinding lutsinar. (12 set)
3. Bekas makanan yang rendah bersaiz sederhana (3 set)
4. Baldi yang berisi cecair berwarna.(3 set)
5. Pen Marker (setiap kumpulan mendapat sebatang marker)
2.2 Aktiviti Pengajaran untuk murid-murid berprestasi rendah
Aktiviti ini hendaklah dijalankan setelah murid sudah didedahkan kepada konsep isipadu. Aktiviti ini adalah untuk mengukuhkan pemahaman mereka.
Kelas | 2 Qin |
Bilangan murid berprestasi rendah | 10 orang murid 2 Q |
Unit 10 | Isipadu Cecair |
Kemahiran | B. Saya boleh membanding isipadu cecair |
Pengetahuan sedia ada | Murid-murid menggunakan pelbagai botol minuman yang berlainan saiz dan ketinggian. |
Objektif Pembelajaran | Pada akhir pelajaran,murid-murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair secara perbandingan terus dan menggunakan unit non-standard. |
Hasil Pembelajaran | Pada akhir pelajaran,murid-murid dapat: i. Membandingkan kapasiti isipadu cecair daripada bekas yang berlainan ketinggian |
Alat bantu mengajar | Bekas-bekas yang berlainan ketinggian, baldi, cecair berwarna,borang rekod catatan |
Kaedah | Inkuiri penemuan |
Langkah-langkah Pengajaran untuk Murid Berprestasi Rendah
a. Bahagikan kelas kepada dua kumpulan mengikut jumlah set alat bantu mengajar yang disediakan.Guru perlu membimbing dan memberi arahan yang jelas kepada dua kumpulan murid yang berprestasi rendah.
b. Wakil daripada setiap kumpulan mengambil benda-benda maujud seperti baldi berisi cecair berwarna,bekas-bekas yang berbeza ketinggian dan semua alat yang diperlukan.Murid diarahkan untuk melabelkan setiap bekas.
c. Murid kemudian diarahkan untuk mengenalpasti bekas yang mempunyai isipadu yang paling besar dan bekas yang mempunyai isipadu yang paling kecil.
d. Mereka boleh mengenalpastikan saiz bekas dengan mengisi cecair berwarna ke dalam satu per satu bekas sehingga penuh.
e. Selepas bekas telah penuh, mereka diarahkan untuk menuangkan cecair berwarna ke dalam bekas besar yang berlutsinar.
f. Murid-murid menandakan paras cecair berwarna dengan pen marker.
Gambar B
Gambar C
g. Isipadu cecair berwarna bekas- bekas dalam Gambar B dituangkan ke dalam bekas-bekas di dalam gambar C.Cecair bekas dalam gambar C dituangkan ke dalam bekas-bekas dalam Gambar D.Murid-murid akan menghitungkan jumlah bikar plastik atau gelas plastik yang kecil digunakan untuk mengisi cecair berwarna hijau dan oren.
Gambar D
h. Langkah d,e dan f diulangi dengan menggunakan bekas lain.
i. Murid-murid dikehendaki membuat perbincangan dan membuat keputusan bekas yang manakah mempunyai lebih cecair dan bekas yang manakah mempunyai isipadu yang kurang cecair setelah aktiviti-aktiviti perbandingan telah tamat.
j. Jadual ini digunakan oleh murid-murid untuk merekodkan isipadu cacair
Bekas-bekas | Isipadu | Keputusan (lebih/kurang) |
A | ||
B |
k. Murid digalakkan untuk mengulangi langkah-langkah di atas dengan menggunakan bekas-bekas lain setelah menyelesaikan aktiviti ringkas seperti di atas.
l. Guru memilih cara yang sesuai untuk membandingbeza kapasiti cecair.
m. Guru juga boleh menjadikan aktiviti ini sebagai pertandingan “Cuba meneka bekas mana mempunyai isipadu yang paling besar”.
n. Guru merumuskan hasil pembentangan murid-murid yang paling sesuai.
o. Murid-murid menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.
Lembaran Kerja
Arahan :Bandingkan isipadu cecair.Tuliskan ‘lebih cecair’ atau ‘kurang cecair’.
P . Guru membuat kesimpulan dan membincangkan jawapan.
P . Guru membuat kesimpulan dan membincangkan jawapan.
Guru membandingkan cecair berwarna dairpada bekas yang berlainan ketinggian.
Rumusan
Kita tidak boleh menganggap bekas yang lebih tinggi akan mempunyai lebih isipadu berbanding dengan bekas yang rendah.
3.0 Bahan Bantu Mengajar dan Aktiviti Pengajaran yang Kedua
3.1 Bahan Bantu Mengajar B
Cecair berwarna oren,biru, hijau dan merah dituangkan ke dalam empat bekas plastik yang sama saiz .
Alat Bantu Mengajar yang perlu disediakan untuk satu kelas.
· Bekas yang bersaiz sederhana yang berlainan ketinggian.(5-6 set)
· Bekas yang berbentuk sama. (5-6 set)
· Baldi yang berisi cecair berwarna.(5-6 set)
· Bikar atau gelas plastik yang kecil (20 set)
· Pen Marker (setiap kumpulan mendapat sebatang marker)
3.2 Aktiviti Pengajaran untuk murid berprestasi tinggi
Kelas | 2 Qin |
Bilangan murid berprestasi tinggi | 25 orang murid 2 Q |
Unit 10 | Isipadu Cecair |
Kemahiran | B. Saya boleh membanding isipadu cecair |
Pengetahuan sedia ada | Murid-murid menggunakan pelbagai botol minuman yang berlainan saiz dan ketinggian. |
Objektif Pembelajaran | Pada akhir pelajaran,murid-murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair secara perbandingan terus dan menggunakan unit non-standard. |
Hasil Pembelajaran | Pada akhir pelajaran,murid-murid dapat: i .Membandingkan kapasiti isipadu cecair daripada bekas yang berlainan ketinggian |
Alatan bahan bantu mengajar B | Bekas-bekas yang berlainan ketinggian, baldi, cecair berwarna,kad soalan, pen marker,borang rekod catatan |
Kaedah | Inkuiri penemuan |
Langkah-langkah Pengajaran untuk Murid Berprestasi Tinggi
1. Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kuantiti alat bantu mengajar yang disediakan.
2. Setiap kumpulan diberi satu set alat bantu mengajar yang sama seperti di atas.
3. Murid-murid melabelkan empat buah bekas mengikut kreativiti mereka.
4. Seorang murid adalah pencatat dan setiap murid bertanggungjawab untuk membuat ujikaji secara bersama-sama. Selepas itu, barulah mereka mengadakan perbincangan secara berkumpulan.
5. Jadual rekod bacaan diagihkan kepada pencatat setiap kumpulan.Setiap kumpulan berbincang untuk menamai nama kumpulan yang berkaitan dengan isipadu cecair.
Nama Kumpulan :
Bekas-bekas | Isipadu | Keputusan |
A | ||
B | ||
C | ||
D |
6. Setiap kumpulan diberikan satu kad soalan seperti berikut.
i. Mula-mula baldi diisi penuh dengan cecair berwarna.
ii. Empat bekas yang berlainan ketinggian kemudian diisi penuh dengan cecair berwarna tersebut.
iii. Selepas itu, cecair berwarna dituangkan ke dalam bikar plastik.Murid-murid menghitungkan jumlah bikar yang digunakan untuk mengisi cecair berwarna.
iv. Proses ini akan diulangi untuk mengisi penuh bekas B, C dan D.
v. Kemudian menuangkan ke dalam 4 bekas plastik yang diberikan oleh guru.
7. Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka dan menghantarkan keputusan kepada guru untuk disemak.
8. Empat orang murid dipanggil untuk menuangkan cecair berwarna daripada empat bekas berlainan saiz ke dalam bekas bikar plastik yang kecil.
Gambar empat bekas berlainan saiz |
Gambar A
Gambar B
9. Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan semasa rakan-rakan membentangkan hasil mereka.Guru merumuskan hasil pembentangan murid-murid yang paling sesuai.
Gambar C
10. Murid-murid menyiapkan lembaran kerja diagihkan oleh guru.
Lembaran Kerja
11. Guru membuat kesimpulan dan membincangkan jawapan.
12. Melalui aktiviti-aktiviti di atas, murid-murid akan mendapat gambaran yang jelas bahawa bekas yang tinggi tidak semestinya mempunyai isipadu yang lebih berbanding dengan bekas yang rendah.
Para guru juga boleh membuat ulangkaji tentang soalan yang berkaitan dengan isipadu pada tahap ini dan mengkaitkannya dengan ilmu-ilmu baru yang diperolehi oleh murid-murid dengan soalan-soalan yang biasa dijumpai di peperiksaan. Cara ini adalah paling berkesan untuk mengukuhkan pemahaman murid-murid terhadap konsep-konsep asas ini dan aplikasi-aplikasi dalam kehidupan seharian.
4.0 Kesimpulan
Walaupun murid-murid tahun dua telah pun biasa didedahkan dengan fenomena-fenomena ‘isipadu’ dalam hidupan harian, namun mereka masih tidak dapat memahami apa-apa mengenai konsep sebenar isipadu dengan tepat. Oleh kerana ini adalah kali pertama mereka diperkenalkan dengan konsep ‘isipadu’, maka kesabaran para guru adalah penting. Para guru hendaklah mengambil masa yang mencukupi semasa memjalani aktiviti-aktiviti di atas. Asas yang kukuh adalah sangat penting untuk murid-murid memahami konsep-konsep yang lebih rumit pada kehidupan sekolah mereka yang seterusnya. Aktiviti-aktiviti di atas khas direka untuk semua murid. Alat bantu mengajar direka dengan seringkas yang mungkin. Kos-kos untuk menjalankan semua aktiviti di atas adalah rendah dan bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati di mana-mana sahaja.
Guru dan murid juga diberi masa yang cukup untuk menyelesaikan semua tugasan-tugasan atau aktiviti-aktiviti. Langkah-langkah yang perlu diikuti adalah amat senang untuk difahami. Oleh itu, saya beryakin bahawa murid-murid yang menggunakan cara ini akan mendapat manfaat yang sepenuhnya dan seterusnya memahami konsep-konsep asas ini dengan mudah dan senang.
Rujukan
Curriculum Specifictions(2005).Integrated Curriculum for Primary Schools:Mathematics Year 2.Curriculum Development Centre,Kuala Lumpur.
Lena Lai (2010). Topical Tests Series Speedy: Mathematics Year 2.Penerbit Mega Setia Sdn. Bhd.Petaling Jaya.
Lee T. S.,Lean K. F. &Azizah B. Haji Tengah(2003).Textbook Part 2: Mathematics Year 2.Hypersurf Corporation Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
Lee T. S.,Lean K. F. &Azizah Binti Haji Tengah(2003).Activity Book Part 2 :Mathematics Year 2.Hypersurf Corporation Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
Joelle Lim (2011).Praktis Topical Pro PKSR Mathematics KBSR 2.Pep Publications Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan.
Murugiah s/o velayutham & Kao.T.K.(2010).HBMT2103 Teaching Mathematics in Year Two.Meteor Doc.Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan.
http://www.scribd.com/Mengukur-Dan-Membandingkan-Isipadu-Cecair-Dalam-P-amp-P/d/40286207Monday, November 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)